MALAYSIAKINI
AirAsia X Bhd mencatat kerugian sebelum cukai RM605.18 juta pada tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2014 berbanding kerugian sebelum cukai
RM212.06 juta yang dicatat pada 2013.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia X berkata,
kerugian sebelum cukai itu disebabkan kenaikan perbelanjaan operasi
kepada RM3.32 bilion pada 2014, naik 33.9 peratus tahun ke tahun.
Pendapatan bagaimanapun meningkat kepada RM2.94 bilion semasa tempoh kajian berbanding RM2.31 bilion yang dicatat sebelum ini.
"Pendapatan yang lebih kukuh itu disebabkan sumbangan lebih tinggi
penerbangan berjadual yang termasuk surcaj bahan api yang meningkat 10.4
peratus berikutan pertambahan dalam kapasiti tempat duduk setiap
kilometer.
"Di antara penyumbang kepada kerugian itu ialah peningkatan dalam kos
kakitangan sebanyak 33.9 peratus kepada RM312.7 juta; susut nilai harta,
peningkatan loji dan peralatan sebanyak 53.4 peratus kepada RM185 juta
dan perbelanjaan bahan api pesawat yang meningkat 38 peratus kepada
RM1.52 bilion," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun
berkata, berikutan beberapa nahas pesawat pada 2014, pencapaian jualan
di Australia dan China terjejas.
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan