MALAYSIAKINI
Exco kerajaan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin diminta memberikan kenyataan kepada polis di Bukit Aman pada Jumaat ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu berkata beliau
dihubungi seorang pegawai polis berpangkat ASP pada minggu lepas
berkaitan laporan sebuah portal berita.
Katanya, laporan itu didakwa memetiknya sebagai mempersoal keputusan
Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Awnwar Ibrahim dan menggesa
orang ramai turun ke jalan raya.
Afif bagaimanapun berkata beliau tidak bercakap pun dengan pemberita itu atau memberikan kenyataannya kepada akhbar itu.
Pada 12 Februari, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi
amaran kepada Afif dan dua lagi pihak – Setiausaha Agung PSM S
Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa – bahawa
mereka akan disiasat bawah Akta Hasutan.
Ini ekoran kenyataan mereka yang dikatakan mengkritik keputusan terhadap
Anwar, yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful
Bukhari Azlan.
Arutchelvan dan Fariz telah pun ditahan polis dan dibebaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan