Isnin, 23 Februari 2015

Kaji semula kewajaran jelajah liwat II


Reezal Merican
 
 
PENAGA - Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican enggan mengulas insiden kekecohan yang berlaku di luar perkarangan Politeknik Seberang Perai, kelmarin.

"Jelajah liwat II ini harus dikaji semula kerana biarlah rakyat menilai dan membaca sendiri badan kehakiman negara.

“Program ini juga bukan anjuran Umno negeri,” katanya ketika melawat rumah mangsa kebakaran di Pasir Gebu, semalam.

Katanya, kes ini  diputuskan mengikut undang-undang dan dianggap selesai.

“Hukuman telah diputuskan kepada (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim, proses kehakiman telah dilakukan dengan teliti.

"Kita perlu beri mereka (keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim) ruang,” katanya.

Mengenai calon BN untuk PRK Permatang Pauh, Reezal berkata, biarlah pucuk kepimpinan Umno tentukan calon yang benar-benar layak untuk bertanding.

“Buat masa ini, belum ada calon yang dipilih. Bagi saya, biar kepimpinan tinggi  buat keputusan,” katanya.

Tiada ulasan: