Bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didagangkan seolah-olah bon
berkualiti rendah sewaktu pelabur masih menanti gambaran lebih jelas
tentang masa depan pelaburan syarikat nasional itu.
Menurut indeks JPMorgan Chase & Co, pelabur menuntut premium lebih tinggi, 439 mata asas, berbanding 415 mata bagi bon yang tidak dijamin kerajaan sepenuhnya.
Bon US$3 billion (RM10.9 bilion) dengan nota 4.4 peratus yang matang pada 2023 ditutup dengan harga 86.72 sen (dolar) pada 16 Feb, tahap terendah harga bon itu.
Ia didagangkan dengan harga 87.62 sen (dolar) semalam, lapor agensi berita niaga Bloomberg hari ini.
Menurut Philip Capital Management, 1MDB perlu mempamerkan peningkatan dalam jualan aset mereka dan mengelakkan jualan harga runtuh jika mahu mengembalikan semula keyakinan pasaran.
"Masalahnya kini, mereka memiliki banyak aset yang tidak menjana aliran tunai yang cukup untuk menampung hutang mereka," ketua pegawai pelaburannya Ang Kok Heng dipetik sebagai berkata.
Ang menambah, 1MDB kini mempunyai satu lagi bon yang akan matang dan perlu dibayar. Ia menjadi satu tekanan kepada badan pelaburan itu.
1MDB baru sahaja menyelesaikan pinjaman sebanyak RM2 bilion pada 13 Februari lalu selepas menangguhkan dua tarikh pembayaran semula.
Penangguhan itu mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan kegagalan pembayaran lain ke atas hutang keseluruhan 1MDB yang berjumlah RM49 bilion, lapor agensi berita itu lagi.
Akhbar niaga tempatan The Edge semalam melaporkan 1MDB mungkin memerlukan suntikan RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan, pemilik syarikat pelaburan yang kini dilanda kontroversi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan