MALAYSIAKINI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom enggan
mengulas berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan dan meminta supaya
merujuk perkara itu kepada kerajaan negeri.
Ketika ditanya lagi apakah saranan beliau apabila PAS mendapat tekanan
daripada DAP untuk melaksanakan undang-undang itu, ahli Parlimen Jerai
itu meminta supaya bertanyakan perkara itu kepada DAP.
"Tanya pada Kelantan.
"Tanya pada DAP," katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan
Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara di ibu kota hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan