Isnin, 23 Februari 2015

Pemimpin Umno akui jelajah Shafee makan diri

MALAYSIAKINI


 


Seorang pemimpin kanan Umno mengakui tindakan peguam kanan Tan Muhammad Shafee Abdullah menjaja kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim memakan diri.

“Perkara itu sudah dibawa dan dibincangkan panjang lebar di ibu pejabat Umno oleh jawatankuasa pengurusan pusatnya,” kata pemimpin itu yang enggan namanya disebut.

“Saya fikir sudah sudahlah.

“Saya setuju bahawa tindakan itu memakan diri dan mereka patut kasihan pada (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya untuk biarkan perbincangan terbuka, terutamanya berkaitan butiran perbicaraan tertutup.”

Pemimpin Umno bagaimanapun berkata Umno tidak memainkan sebarang peranan ketika perkara itu dibincangkan.

Sumber juga menjelaskan bahawa ceramah itu dianjurkan oleh NGO dinamakan Bona Fide Friends (BFF), yang dipimpin oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

“Umno tidak terlibat,” katanya sambil berkata BFF dibentuk untuk menarik perhatian sokongan peguam muda Melayu kepada Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.