Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Kenyataan Najib bahawa darurat tidak diisytiharkan atas alasan membebaskan syarikat insuran membayar pampasan akibat kerosakan harta benda dan kenderaan tidak masuk akal sama sekali.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kerajaan perlu mengambil kira reaksi daripada pengusaha insuran dan juga orang awam.
“Alasan Najib langsung tidak meyakinkan.
“Saya menggesa Perdana Menteri mempertimbangkan semula keputusan ini atau membentangkan isu ini sebagai agenda mesyuarat khas Kabinet,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Najib sebelum ini dilaporkan berkata, darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.
Katanya, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.
Kit Siang yang memetik reaksi beberapa ejen insuran mengecam alasan Najib bahawa ‘insuran tidak boleh dituntut sekiranya darurat diisytihar jelas bukan alasan kukuh untuk tidak mengisytiharkannya.
Sedangkan situasi sekarang ini amat genting, memandangkan majoriti yang terkesan adalah orang kampung, orang miskin dan rakyat marhaen.
“Menjadikan alasan insuran sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukan tindakan terbaik, kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan atau kenderaan,” kenyataan kumpulan ejen insuran tersebut dipetik.
Tambahnya, statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful sekitar 15 peratus di kalangan rakyat Bumiputera, dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera.
“Alasan ‘insuran tak boleh claim kalau darurat’ hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans, apatah lagi ia melibatkan liputan tuntutan banjir,” kata mereka.
Jelas mereka, hanya tuntutan berkaitan insuran/takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya tidak boleh dibuat tuntutan dalam situasi sekarang.
“Tapi jika insuran hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku musibah,” ujarnya. -Roketkini.com
1 comment:
Tidak semua mampu memiliki insuran.walau serendah rm50.00
Nisbah yg memiliki insuran pun terlalu sedikit..kaji lh smula.sesuai ke.
Post a Comment