Oleh: KEMALIA OTHMAN
Ziela berkata, pada peringkat awal penulis novel yang dikenali sebagai Hana Ilhamy bersetuju untuk karyanya itu diadaptasi kepada drama namun selepas segalanya berjalan lancar dia meletakkan beberapa syarat lain yang sukar dilaksanakan sebelum memulakan penggambaran.
“Kami masih dalam proses perbincangan lagi kerana pada awalnya semua berjalan lancar, namun bila mahu memulakan penggambaran penulis novel ini pula letak macam-macam syarat.
“Dia mahu perempuan yang melakonkan watak itu perlu seorang yang benar-benar bertudung, watak pasangan suami isteri hendaklah pasangan suami isteri yang sebenar sementara karya itu pula hanya perlu disiarkan untuk stesen televisyen AlHijrah sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Ziela berkata, jalan cerita novel tersebut yang mempunyai beberapa babak dalam sebuah kelab malam dan kehidupan skandal suami menyukarkan watak tersebut dilakonkan oleh pasangan pelakon suami isteri yang sah.
“Syarat tersebut tidak munasabah kerana jalan cerita novel berkenaan mahukan watak perempuan itu pada mulanya tidak bertudung dan sering ke kelab malam.
“Sementara itu, jalan cerita yang banyak memaparkan kehidupan hitam tidak layak untuk tayangan AlHijrah kerana stesen televisyen itu mempunyai garis panduan tertentu,” ujarnya.
Bagaimanapun, tambah Ziela, ketika mahu membatalkan perjanjian tersebut, penerbit novel tersebut iaitu Karya Seni menghubunginya sekali lagi bagi membincangkan semula hal tersebut dan mempersetujui penggambaran berkenaan perlu diteruskan tanpa syarat.
“Bila banyak syarat, saya mahu batalkan sahaja dan buat semula skrip lain tetapi pihak mereka baru sahaja hubungi saya untuk membincangkan semula hal itu,” katanya.
Telefilem yang bakal ditayangkan pada Ramadan ini akan memulakan pengambaran pada pertengahan Mei depan.
Jelas Ziela, dia juga memilih negara Turki sebagai salah satu lokasi penggambaran telefilem bercorak keagamaan ini.
Telefilem ini membariskan artis- artis popular seperti Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose dan Keith Foo.
No comments:
Post a Comment