Monday, May 5, 2014

Teresa Kok akan didakwa di mahkamah esok

MALAYSIAKINI


 


Teresa Kok akan didakwa di mahkamah esok ekoran penyiaran video kontroversi Tahun Baru Cina Onederful Malaysia yang melibatkannya sebelum ini.

Anggota Parlimen Seputeh itu akan didakwa bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

“Ya, (kami) dimaklumkan untuk membawanya ke mahkamah esok. Sudah hubungi,” kata peguamnya Sankara Nair kepada Malaysiakini hari ini.

Kok tidak dapat dihubungi buat masa ini kerana sedang dalam penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur selepas menghadiri program parti.

Naib presiden DAP itu sebelum ini menerima banyak kritikan ekoran penyiaran video itu.

Malah, terdapat dakwaan beliau menghina Islam, Melayu, raja, pasukan keselamatan dan pemimpin negara.

Beliau bagaimanapun menafikannya.

No comments: