MALAYSIAKINI
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji pengendalian
aman bagi himpunan anti-GST di sekitar jalan Dataran Merdeka di Kuala
Lumpur semalam.
"Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai satu hasil positif daripada
kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak
berkuasa," kata Pengerusi Suhakam, . Tan Sri Hasmy Agam.
Suruhanjaya turut memuji pihak polis dan penganjur atas hubungan
kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang telah diadakan
sebelum perhimpunan yang membawa kepada persetujuan kedua-dua pihak
dalam beberapa aspek utama yang berkaitan dengan perhimpunan,
terutamanya persetujuan polis untuk penganjar menggunakan jalan raya
berhampiran Dataran Merdeka walaupun Dataran tersebut ditutup untuk
kerja naik taraf.
Suruhanjaya berbesar hati memerhatikan bahawa tiada Unit Simpanan
Persekutuan (FRU) digunakan semasa perhimpunan tersebut dan jalan-jalan
utama dan stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup.
"Pihak polis, dengan bantuan marshal penganjur, telah berjaya
memudahcarakan kawalan lalulintas dan pergerakan orang ramai sepajang
perhimpunan tersebut bagi memastikan peserta perhimpunan boleh bergerak
dari semua lokasi tanpa banyak kesulitan.," katanya dalam satu kenyataan
semalam.
"Suruhanjaya juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam
profesionalisme pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam
mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112
dan perhimpunan anti-kenaikan harga serta perhimpunan semalam.
Demikian juga, Suruhanjaya memuji penganjur dan peserta atas hubungan kerjasama positif mereka dengan pihak berkuasa.
"Suruhanjaya mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa
hormat dalam perhimpunan aman masa depan ke arah memastikan hak asasi
rakyat untuk kebebasan berhimpun
dapat dipelihara sepenuhnya pada setiap masa," tambahnya.
No comments:
Post a Comment