Oleh ZULKIFLI YAHAYA |
SELEPAS genap setahun BN mengambilalih pentadbiran dari tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, harapan rakyat Kedah menggunung untuk melihat anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diberi mandat sebagai menteri besar, melakukan perubahan besar di negeri itu.
Malang sekali harapan rakyat menjadi sia-sia, kerajaan BN Kedah ternyata gagal dalam banyak perkara.
Jika ada sedikit perubahan ataupun program besar yang berlaku di Kedah maka ia adalah projek Kerajaan Persekutuan bukannya milik kerajaan negeri.
Setahun adalah tempoh masa yang agak pendek namun senarai kegagalan BN sudah panjang. Berikut adalah senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:
- GAGAL menguruskan Kolej Universiti
Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan
yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap
arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap
berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi
mangsa.
- GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan
Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN mengambilalih
pentadbiran negeri pada Mei 2013.
- GAGAL dalam
penghasilan padi/beras untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu
menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat
dahulu negeri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.
- GAGAL
menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY akan
diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah
sawah.
- GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka Mukhriz
Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu
untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk
kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan
tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.
- GAGAL mengawal
nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar
kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun kereta yang
ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu
menukar kereta baharu akibat kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai
pembangkang di kala itu menentang keras.
- GAGAL
mengawal pembalakan yang berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan
dengan rakus sekali terutama di daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan
Sik. Hutan digondolkan tanpa belas kasihan seolah-olah hutan tidak
menyumbang apa-apa terhadap kestabilan alam.
- GAGAL
mengawal budaya hedonism. Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi
separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di
adakan di Sungai Petani.
- GAGAL menjaga duit negeri,
menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan
murah hati ‘bersedekah’ kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja
Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk
rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai
bergelak ketawa.
- GAGAL menghormati pegawai tadbir
kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha
Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu
tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang
diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut
tradisi pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi
pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.
- GAGAL
membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat
keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak syarikat
kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar
mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak
kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.
- GAGAL
mengurus sembilan buah Maktab Mahmud yang selama ini diurus oleh
kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada Kementerian
Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya menyelamatkan duit negeri
sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud tersebut.
Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib silibus
Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?
- GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.
- GAGAL
merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi
yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri
Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin
kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat
‘mencurah air ke daun keladi’.
- GAGAL meneruskan program
pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia
Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti
sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.
- GAGAL
membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina
Darulaman Berhad (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan salahlaku.
Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui
siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.
- GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.
- GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.
- GAGAL
menangani penderitaan hidup rakyat, khususnya penoreh getah yang
terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos hidup.
Kepimpinan kerajaan negeri Kedah seolah-olah tidak tahu cara untuk
menanganinya.
- GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment