Oleh Aspan Alias |
Isu hudud semakin panas dan DAP merupakan parti yang paling rasa kepanasannya. Yang terakhir Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan keras kepada PAS dan mengingatkan PAS samada parti itu patut yakin dengan janji-janji UMNO dalam hal hudud ini.
LGE bertegas untuk menentang hukum hudud ini dilaksanakan di Kelantan dan beliau mengingatkan PAS yang parti itu telah mengecewakan penyokong bukan Islamnya dan tidak berterima kasih diatas sokongan bukan Islam dalam PRU yang lalu yang membolehkan PAS mendapat kerusi yang banyak dalam pilihanraya yang lalu.
Hanya yang belum di sebut oleh LGE ialah supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat sahaja. Jika saya anggap saya sebagai ahli PAS, saya tidak menerima kenyataan LGE yang PAS telah mendapat kelebihan kerusi dalam pilihanraya yang lalu kerana sokongan DAP dan kaum bukan Islam, ia merupakan satu kenyataan yang tidak berhati-hati. Sesungguhnya dalam pilihanraya yang lalu PAS telah menjadi korban DAP dan Parti itu mendapat satu kerusi kurang dari pilihanraya 2008 yang lalu.
Yang mendapat kelebihan kerusi yang banyak ialah DAP, dari 28 kepada 38
hasil dari PAS yang membawa orang Melayu dan Islam berpusu-pusu
menyokong parti itu sehinggakan DAP mengambil kesempatan dengan
menggunakan orang Melayu dan Islam sebagai pembawa poster dan banting
sahaja dalam pilihanraya yang lepas.
Jika DAP berterusan mengkritik PAS sebegini ia terlupa yang parti itu
telah memungkiri janji untuk menghormati perjuangan politik dan agama
lain seperti yang disebutnya semasa berbahas dengan Dr Chua Soi Lek
suatu ketika sebelum PRU yang lalu.
PAS sekarang sedang menerima gamitan dari mereka yang tidak suka dengan
hukum Islam dan gamitan dari pihak yang berkehendakkan Islam itu di
masyurkan dan di tingkatan penerimaannya terhadap umat manusia yang
beragama Islam terutamanya. PAS boleh memilih untuk meninggalkan
perjuangan Islamnya dan bersekutu dengan pihak yang semuanya tidak betul
dengan Islam ini.
Tindakan DAP cuba untuk mengelirukan PAS supaya tidak percaya kepada
UMNO itu adalah satu lagi tindakan yang tidak difikirkan sebelum membuat
kenyataan. Adalah tidak munasabah bagi PAS untuk mempercayai DAP dalam
hal meningkatkan Islam ketahap yang tertinggi. Dalam membuat kritikan
terhadap PAS agar tidak percaya kepada UMNO, LGE sendiri secara terbuka
tidak menyokong pengamalan hukum hudud di Kelantan. Saya bukannya
meminta PAS percaya dengan UMNO, tetapi saya hanya mengatakan yang DAP
langsung tidak boleh berbincang tentang hudud ini.
Apa pun sebabnya UMNO bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal
tentang hudud ini, ia dipersetujui oleh mereka yang beragama Islam.
Seburuk-buruk UMNO itu ada juga bau Islamnya walaupun ia tidak setahap
mana.
Bagi saya yang penting sekarang kita wajar bersetuju untuk perlaksanaan
hukum hudud itu dan Dewan Legislatif perlu menyokong usul persendirian
itu. Samada ia akan terlaksana tahun hadapan atau tahun-tahun yang akan
datang itu bergantung kepada beberapa perkara pokok yang perlu
diselesaikan dan dipersediakan.
Pertamanya ia perlu difahami oleh semua bangsa dan berbagai agama dalam
negara ini. Ia perlu diterangkan dengan secara 'detail' dan pastikan
semua pemimpin memahami apa hudud itu sebenarnya.
Malahan jika kita tidak melaksanakan hudud itu, kita perlu memahami apa
hudud itu, setidak-tidaknya dijadikan sebagai sumber ilmu bagi mereka
yang jahil-jahil seperti saya ini.
Jika kita mahu menjadi orang Islam sebenarnya saya meminta diri saya
dan semua orang untuk mengambil agama itu seratus peratus. Kita tidak
boleh menyesuaikan agama itu dengan kehendak nafsu-nafsi kita
semata-mata kerana Islam itu di turunkan sebagai agama yang lengkap.
Kalau kita tidak mahu mengikut kehendak sebahagian dari agama itu, kita
akui yang kita engkar dengan kehendak agama dan Tuhan kita, tetapi
jangan menyatakan agama kita itu tidak sempurna. Kita akui kita tidak
mampu menerima agama kita yang lengkap itu.
Jika kita malas bersolat, terima sahaja yang kita engkar untuk bersolat
misalnya, tetapi jangan katakan yang kita tidak payah bersolat. Saya
selalu tinggal solat lima waktu itu, tetapi saya tidak akan berkata yang
kita tidak perlu bersolat.
Begitu juga dengan hukum hudud ini. Jika tidak berkemampuan untuk
menerimanya, akui sahaja yang kita engkar, jangan katakan yang hudud itu
zalim dan sebagainya. Biarkan Lim Guan Eng kata hukum Islam itu zalim.
Jangan pula kita terikut berkata perkara yang sama kerana Lim Guan Eng
itu bukan bandingan dengan Tuhan kita.
Jika perlu ditinggalkan sahaja Pakatan Rakyat, lakukanlah dengan penuh
komitmen dan keyakinan. Tetapi jika masih hendak mengikuti LGE itu
adalah hak masing-masing, tetapi kita mesti akui yang kita engkar
terhadap agama kita. Itu demokrasi, boleh ikut LGE jika percaya
kepadanya dan kita boleh ikut kehendak agama kita jika kita yakin agama
kita itu agama yang sempurna dan lengkap.
Tetapi jangan biarkan mana-mana individu yang bukan beragama Islam
menghina agama kita. Sejahil-jahil kita yang beragama, kita tidak mampu
membiarkan agama kita dilangkah dan diperkecilkan oleh mana-mana pihak.
Pada siapa yang merasa berat berjuang untuk kehendak Allah s.w.t. duduk
diam ditepian bersama saya, tetapi jangan terdorong untuk mengiyakan
pandangan mereka yang tidak suka dengan hukum agama kita.
Kita perlu ingat se garang dan se hebat mana kita sekali pun didunia
ini, akhirnya nanti kita akan pergi menghadap Allah s.w.t. juga.
Walaupun jasad kita dimakan ulat tetapi ingat roh kita lah yang akan
menerima bahagia atau celaka akhirnya nanti.
Oleh kerana kita ada roh itulah maka ada elemen dosa dan pahala. Roh
kita akan mengadap Tuhan Azawajalla dan dialah yang akan menanggung
segala dosa dan noda kita didunia ini.
Pencipta-pencipta perlembagaan negara itu sendiri adalah ciptaan Allah s.w.t. Guan Eng itu sendiri adalah ciptaan Tuhan. Ingat itu
No comments:
Post a Comment