MALAYSIAKINI
Pengusaha tanaman mempelam harumanis di Perlis wajib mengeluarkan zakat
apabila hasil diperolehi memenuhi syarat, kata Mufti Negeri, Datuk Dr
Juanda Jaya.
Beliau berkata perkara itu antara keputusan perbincangan mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Perlis ke-14 selama dua hari bermula Isnin lepas di
Kuching.
Dr Juanda berkata keputusan itu berpandukan jawatankuasa sama yang
membuat keputusan pada 1985 bahawa selain makanan ruji hasil pertanian
lain juga wajib dikeluarkan zakat.
Ketika itu Perlis menjadi pengeluar tebu terbesar negara dan pengusaha tanaman itu diseru mengeluarkan zakat.
"Keputusan Jawatankuasa Fatwa itu juga memutuskan hasil tangkapan laut
seperti ikan, mutiara dan telur penyu (jika ada) termasuk dalam senarai
wajib zakat.
"Suka saya memaklumkan kepada rakyat Perlis supaya menunaikan kewajipan
ini... untuk mendapat keberkatan Allah SWT agar hasil pada tahun-tahun
berikut bertambah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut Dr Juanda zakat yang wajib dikeluarkan adalah antara 5 hingga 10
peratus bagi lima 'ausuk' hasil harumanis atau bersamaan 653 kilogram
buah setelah ditolak segala kos termasuk subsidi kerajaan.
Beliau berkata pengusaha boleh menghubungi Baitulmal untuk mengetahui kaedah pengiraan yang betul.
Menurutnya rekod Baitulmal tidak menunjukkan pembayaran zakat harumanis.
- Bernama
No comments:
Post a Comment