MALAYSIAKINI
Kira-kira 30 ahli Pemuda MCA, persatuan Cina dan NGO mengadakan
protes selama lima minit depan ibupejabat PAS bagi membantah rancangan
parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.
Kumpulan
itu yang diketuai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng,
berkumpul kira-kira jam 10 pagi tadi bersama kain rentang dan plakad
yang bertulis, "Say No to PAS Hudud".
Tan kemudiannya menyerahkan memorandum kepada seorang kakitangan PAS
Fadhil Osman, menggesa parti Islam itu menghormati Perlembagaan
Persekutuan.
"Kami tidak fikir Malaysia adalah negara Islam," kata Tan dalam sidang media selepas protes itu.
Bagaimanapun, Tan berhati-hati apabila ditanya mengenai tawaran Umno
untuk membantu PAS bagi melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu di
Kelantan.
No comments:
Post a Comment