THE MALAYSIAN INSIDER
Pemuda
Parti Gerakan Bahagian Sandakan hari ini membuat laporan polis
berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Ikatan Islam Malaysia
(Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang didakwa boleh mencetuskan isu
perkauman.
Timbalan Ketua Pemuda Parti Gerakan Sabah, Chan Tzun Hei berkata
laporan polis dibuat untuk meminta polis menahan dan menyiasat Abdullah
Zaik di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Beliau yang juga ketua Pemuda Gerakan Bahagian Sandakan berkata,
kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah Zaik yang dimuat naik di laman
web rasmi Isma adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan boleh
menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan orang bukan Melayu.
“Semua masyarakat Malaysia berbangga dengan keharmonian kaum yang
dinikmati sejak sekian lama dan mana-mana individu tidak patut
mengungkit isu perkauman yang sensitif seperti ini,” katanya selepas
membuat laporan di Balai Polis Sandakan hari ini. – Bernama
No comments:
Post a Comment