Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM : Dalam tempoh 12 bulan lalu sejak PRU13 Mei lepas, Malaysia telah mengalami dua tragedi ‘kehilangan’ yang mengancam negara.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata kedua-dua ‘kehilangan’ itu merupakan tragedi serius yang menampakkan kelemahan aspek pengurusan kerajaan.
Katanya kehilangan itu adalah pesawat MH370, selepas 64 hari tanpa petunjuk dan tragedi ‘kehilangan Perdana Menteri’.
“Hari ini, adalah hari ke-64 kehilangan Malaysia Airlines Boeing 777 pada 8 Mac, dan walaupun pencarian antarabangsa , carian yang paling lama dan paling mahal terbesar di dunia.
“Ia adalah satu tragedi besar yang selepas dua bulan mencari MH 370 di Laut China Selatan, Selat Melaka , Laut Andaman dan Lautan Hindi ,” kata Kit Siang dalam kenyataan media.
Kata Kit Siang, tragedi kedua adalah ‘kehilangan’ Perdana Menteri ekoran kegagalan menangani masalah dalam negara khususnya isu perkauman yang dimainkan NGO cauvinis seperti Perkasa dan Isma.
“Untuk berapa lama lagi ‘kehilangan Perdana Menteri’ daripada berlaku sebelum Najib Razak bersedia untuk berhadapan dan mengisytiharkan beliau tidak bersetuju dan menentang sebarang pandangan yang ekstrem perkauman dan agama.
“Adalah penting, pengundi Bukit Gelugor dan Teluk Intan menjadi peneraju kebangkitan rakyat dan mendepani halatuju nasional berhadapan ekstremis perkauman dan agama untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.EZY
No comments:
Post a Comment