MALAYSIAKINI
Ketegasan PAS untuk melaksanakan hudud akan membolehkan Umno
berkuasa "selama 50 tahun lagi" kerana ia boleh melemahkan Pakatan
Rakyat, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Farouk Musa
semalam.
"Kita telah bekerja begitu keras untuk merubah rejim dalam negara ini.
"Ia dilakukan bukanlah kerana kita menyayangi Pakatan Rakyat.
"Namun kini, dengan isu ini (hudud) sahaja, Umno akan terus kekal
memerintah untuk 50 tahun akan datang," Farouk mengingatkan demikian
dalam satu forum semalam yang turut dihadiri MP Sepang, Mohamed Hanipa
Maidin.
Farouk yang juga merupakan timbalan pengerusi BERSIH, berkata PAS
sepatutnya tidak termakan "umpan Umno" - merujuk kepada kenyataan Umno
yang pihaknya bersedia menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
No comments:
Post a Comment