MALAYSIAKINI
Anggota Parlimen DAP Ong Kian Meng menggesa Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air menjelaskan kenapa mereka menjanjikan jutaan
subsidi bagi mendukung syarikat tenaga hijau yang dikaitkannya
dengan Umno.
Wakil rakyat Serdang itu berkata, penganugerahan kuota 30MW sistem tarif
galakan (FiT) syarikat berpangkalan di Sabah untuk membina loji
geoterma pertama Malaysia tahun lalu dibuat melalui jalan pintas
berbanding proses biasa.
Sejak
penubuhannya pada 2011, pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
Malaysia (SEDA) menyiarkan kesemua 2,700 permohonan FiT di atas talian.
Bagaimanapun, penganugerahan ini hanya disahkan syarikat melalui laman
web dan jawapan bertulis ketua menteri Sabah kepada pertahanan anggota
dewan undangan negeri DAP.
“Saya mahu menteri dan CEO syarikat itu menjawabnya... kerana ia
menimbulkan banyak perkara bermasalah,” Ong memberitahu pemberita di ibu
pejabat DAP hari ini.
“Loji itu menelan belanja RM500 juta untuk dibina dan pulangannya pasti lebih besar daripada itu.”
No comments:
Post a Comment