IPOH - Jawatankuasa DAP Perak akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan calon parti itu yang akan bertanding pada PRK Teluk Intan.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata calon yang dipilih pada mesyuarat itu akan dikemukakan kepada panel pelantikan yang diketuai Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, untuk dinilai.
"Bilangan calon yang dikemukakan akan diputuskan pada mesyuarat nanti.
Bagaimanapun kami akan memilih calon yang berkelayakan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Kor Ming berkata, mesyuarat itu antara lain turut membincangkan persiapan parti untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.
PRK Parlimen Teluk Intan perlu diadakan ekoran wakil rakyatnya daripada DAP Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis lepas.
Pada PRU13, Leong Peng menewaskan Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment