Wednesday, May 7, 2014

Buktikan kamu seorang sederhana atau pelampau, kata Kit Siang kepada Najib

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata slogan kesederhanaan dan janji 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak menjadi realiti sebaliknya negara kembali ke zaman gelap. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Mei, 2014.Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata slogan kesederhanaan dan janji 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak menjadi realiti sebaliknya negara kembali ke zaman gelap. – Gambar The Malaysian Insider,


 Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membuktikan dirinya seorang yang sederhana atau melampau, susulan pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang baru-baru ini.

Lim berkata slogan kesederhanaan dan janji 1Malaysia yang dilaungkan Najib tidak menjadi realiti sebaliknya negara kembali ke zaman gelap.

"Malaysia kini menuju ke zaman gelap dimana janji dan slogan 1Malaysia, demokrasi terbaik dunia dan program transformasi kerajaan hanya tinggal sejarah di dalam bakul sampah, sebaliknya digantikan dengan amalan tidak demokratik, menindas, tidak adil dan kejam," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim mengecam pendakwaan terpilih ke atas Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok hanya kerana menyatakan kebenaran tetapi tidak ada pula tindakan diambil ke atas pihak yang terang-terang mencetuskan ketegangan agama dan kaum.

"Teresa hanya memberitahu kebenaran, tapi bercakap mengenai kebenaran menjadi hasutan dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Najib," kata Lim.

Lim menyifatkan pendakwaan dibawah Akta Hasutan merupakan bentuk ancaman kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan sivil supaya tidak mengkritik kerajaan.

"Pendakwaan ke atas Teresa dibawah hasutan bertujuan memberi amaran dibawah pentadbiran Najib kepada semua pengkritik," kata beliau.

Lim menyatakan kekesalannya apabila pemerintah tidak pula mengambil tindakan sama ke atas pihak seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan individu ekstremis lain yang cuba mencetuskan ketegangan.

(Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman disiasat di bawah Akta Hasutan.)

Semalam, Isma mempersoalkan kemasukkan kaum lain ke Malaysia semasa zaman penjajahan, secara terbuka mengkritik kaum Cina sebagai penceroboh dan menakutkan umat Islam dengan ancaman penganut Kristian.

Penganut minoriti Kristian juga menjadi bahan kritikan dan ancaman.

"Mengapa Najib memberikan kebebasan dan kelonggaran kepada mereka yang menyebarkan kebencian dan penipuan untuk menghancurkan keharmonian negara," kata Lim.

Lim berkata pentadbiran Najib ketika ini mempunyai dua imej yang dibawanya, pertama imej kesederhanaan dibawah Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang dirasmikannya sendiri dan Gerakan Perkauman dan Ekstremis Agama.

"Najib mesti mengambil pendirian jelas, sama ada beliau bersederhana atau ekstremis," kata Lim. –

No comments: