MALAYSIAKINI
Puluhan pelanggan Tenaga Nasional Bhd membanjiri laman Facebook syarikat
utiliti tersebut untuk mengadu mengenai masalah bekalan elektrik yang
terputus di kawasan mereka sejak petang ini.
Pengguna laman sosial tersebut menyatakan masalah itu dikesan berlaku di
Sungai Petani (Kedah), Jempol, Seremban (Negeri Sembilan), Segamat,
Muar (Johor).
Ada di antaranya yang mengeluh kerana tidak dapat menyalurkan aduan melalui talian telefon khidmat pelanggan TNB.
“Bekalan eletrik di kawasan rumah saya di Bandar Puteri, Sungai Petani
terputus. Ada penjelasan tak? Saya cuba hubungi talian aduan tapi
sibuk,” kata seorang pengguna bernama Redza Blade.
Sementara itu, seorang jurucakap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika
dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata syarikat utiliti tersebut
akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini.
TNB di laman berkenaan memohon maaf atas masalah bekalan tersebut dan
menjelaskan usaha mengatasi masalah tersebut sedang dijalankan.
“Terdapat gangguan bekalan di dikawasan berikut dan usaha untuk
memulihkan bekalan ke kawasan-kawasan perumahan sedang giat dilakukan
oleh pihak kami.
“Pihak kami juga akan maklumkan situasi pemulihan ini dari masa ke
semasa. Disebabkan gangguan ini, talian kami 15454 adalah agak sibuk
dengan panggilan dari pengguna,” kenyataan itu dipetik.
No comments:
Post a Comment