Friday, May 2, 2014

Ahli mengadu perlu hafal 78 nombor calon

MALAYSIAKINI


Ada di kalangan ahli PKR yang mengadu berkaitan dengan kertas undi serta pengundi perlu menghafal sehingga 78 nombor calon bagi pemilihan kepimpinan pusat.

"Sebagai contoh, untuk jawatan timbalan presiden, terdapat tempat kosong bersebelahannya dan kita perlu mengisi nombor calon," kata ahli PKR Cabang  Johor Bahru, Yusuf Rahmat, yang mengundi untuk kali pertama, ketika dihubungi.

Katanya, risalah diedarkan yang mengandungi nombor calon dari kem-kem masing-masing,.

Para ahli, kata Yusuf, akhirnya hanya menyalin nombor-nombor tersebut tetapi risalah tidak mengenal pasti nombor calon mana.

"Jadi main 'tikam- tikam'," katanya.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa satu aduan telah dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan pemilihan dan penjumlahan undi di Cabang Batang Sadong.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam aduan yang panjang lebar dengan disertai testimoni saksi dikemukakan kepada jawatankuasa berkenaan dan dilihat oleh Malaysiakini.

Aduan tersebut termasuk dakwaan peti undi ditinggalkan begitu sahaja selepas pengundian tamat; peti undi diganggu sebelum penjumlahan undi bermula ; dan jumlah kertas undi tidak sama dengan bilangan pengundi.

Pemilihan PKR bermula dari 26 April hingga 11 Mei dan keputusannya akan diumumkan pada 13 Mei.

Jadual mengundi mengikut negeri adalah seperti berikut:

26 April - Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang

27 April - Sarawak, Johor dan Melaka

3 Mei - Sabah, Kedah dan Perlis

4 Mei - Sabah, Perak dan Pulau Pinang

10 Mei - wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan

11 Mei - Selangor

No comments: