MALAYSIAKINI
Keluarga allahyarham Kamarulnizam Ismail, pekerja yang meninggal dunia
ketika ditahan di Penjara Tapah bulan lalu, mahu inkues di mahkamah
terbuka dijalankan bagi menentukan sebab kematiannya.
Jurucakap Suaram Pulau Pinang Ong Jing Cheng (kanan)
berkata, anggota keluarga, dengan sokongan beberapa NGO dan parti
politik, menyerahkan memorandum lima perkara kepada ketua polis negeri
Datuk Abdul Rahim Hanafi .
Insiden itu berlaku pada 8 Mac.
Selain tuntutan melaksanakan inkues terbuka, Ong berkata, memorandum
menuntut polis memberikan jawatan sebenar berhubung sebab kematiannya.
“Kami kecewa tiada tindakan konkrit diambil bagi menjelaskan kes ini.
"Kami harap insiden seperti ini tidak lagi berlaku,” katanya dalam
sidang media di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) di Jalan Penang
semalam.
Ong ditemani saudara lelaki Kamarulnizam, Kamaruzzaman, dan bapanya serta beberapa wakil rakyat di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan