Rabu, 23 April 2014

MCA sahkan akan tanding Bukit Gelugor

 MALAYSIAKINI
 
 
 
 
 
MCA mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor yang akan diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh.

Naib presidennya Chua Tee Yong berkata, parti itu bagaimanapun belum menentukan calon yang sesuai bagi berdepan DAP di kawasan itu.

“Kematian Karpal masih segar dalam minda kita dan kami tiada rancangan untuk membuat keputusan (memilih calon) dengan tergesa-gesa,” beliau dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times.

Penyertaan dalam pilihan raya kecil itu yang kedua melibatkan MCA dalam tahun ini selepas di Kajang sebelum ini.

Kajang dan Bukit Gelugor masing-masing kubu kuat Pakatan Rakyat.

Sementara DAP negeri pula menafikan parti itu sudah memutuskan meletakkan anak Karpal, Ramkarpal, bagi mempertahankan kerusi itu.

Karpal mendapat sokongan 68 peratus untuk menang dengan majoriti 41,778 dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tiada ulasan: