Rabu, 23 April 2014

Anwar: Penyebaran fitnah tahlil untuk Karpal perbuatan ‘macai’ Umno

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Penyebaran poster berhubung diadakan majlis ‘tahlil’ ekoran kematian pemimpin DAP Karpal Singh di rumah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perbuatan ‘macai’ Umno yang ketandusan idea.

twit

Dalam laman sosial Twitter, Anwar menyifatkannya penyebaran fitnah itu sebagai “contoh pembohongan Umno” dan fitnah “macai” yang cuba menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Fitnah macaiPoster fitnah itu yang disebarkan melalui media sosial memaparkan potret Karpal dengan latar belakang Anwar sedang berdoa mengundang orang ramai majlis itu.

Sementara itu Kelab Penyokong Anwar (AIC) juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Dalam laman Facebooknya, AIC menjelaskan, majlis di rumah Anwar esok sebenarnya khusus mendoakan keselamatan dan perlindungan Allah terhadap Anwar dan keluarga.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai menghadiri ke Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin di kediaman beliau di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula jam 7.15 petang esok diadakan bagi memohon perlindungan dan mempermudahkan urusan keluarga Anwar Ibrahim yang kini berhadapan pertuduhan fitnah oleh kerajaan Umno BN terhadapnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

Penghakiman tersebut penuh kontroversi dengan prosedur pincang antaranya permohonan mendapatkan nota perubatan ditolak, tarikh perbicaraan dipercepat, penghakiman tergesa-gesa.

Paling jelas pelantikan peguam yang banyak mewakili Umno di mahkamah, Shafee Abdullah.

Umum mengetahui kes ini merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.

Penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai yang menolak kezaliman dan mahu keadilan ditegakkan dialu-alukan hadir ke majlis ini.EZ

Tiada ulasan: