MALAYSIAKINI
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata para waris
penumpang MH370 di China masih sangsi dengan keikhlasan Malaysia dalam
menyediakan maklumat berhubung kemalangan pesawat tersebut.
Katanya, sejak awal lagi pasukannya yang berurusan dengan keluarga
tersebut perlu menyediakan jawapan yang “disahkan” dan berulang kali
menyampaikan persoalan dari pasukan teknikal dan juga memberitahu
jawapan tersebut kepada waris berkenaan.
"Apabila kami beritahu mereka (waris), mereka akan tanya satu lagi
soalan, untuk kami, kami perlu mengemukakannya kepada jawatankuasa
teknikal untuk dijawab, dan kami berikan jawapan (kembali kepada waris).
“Masalahnya setiap masa – setiap kali kami kami sebut mengenai jawapan
yang diberikan – mereka akan kata kami menyembunyikan sesuatu,” katanya
dalam satu sidang media sebagai pengerusi jawatankuasa hal ehwal waris
penumpang tersebut.
Hamzah berkata, pihaknya faham jika waris berkenaan berasa kecewa,
lebih-lebih lagi memandangkan keadaan tersebut sukar dipercayai kerana
tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, pasukan teknikal MAS kini berada di Beijing dan akan
menyediakan taklimat kepada waris berkenaan dan Malaysia akan meminta
bantuan kerajaan China untuk menguruskan segala salah faham yang mungkin
timbul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan