Rabu, 16 April 2014

[VIDEO CCTV] MP Seputeh Mangsa Terbaru Cubaan Ragut

KELAB GREENBOC


 
Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan. -mk

Jeritan Teresa Kok gagalkan cubaan ragut

DUA suspek yang cuba meragut Teresa Kok bertindak melarikan diri apabila ahli Parlimen Seputeh itu menjerit meminta bantuan dalam kejadian pukul 7 petang Ahad lalu di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian itu Teresa sedang bersiar-siar bersama dua anak saudaranya masing-masing berusia 11 dan 5 tahun sebelum didatangi dua suspek berbangsa india yang menunggang motorsikal.

Kedua-dua suspek itu cuba meragut rantai emas yang dipakai beliau, namun cubaan tersebut gagal selepas Teresa yang terperanjat dan terjatuh cuba melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang ramai. Suspek yang panik dengan tindakan Teresa tersebut melarikan diri dengan motorsikal.

Beliau dan kedua-dua anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa bagaimanapun hanya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada tengah hari tadi.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis juga menambah kekerapan rondaan di sekitar kawasan berkenaaan. -Malaysiagazeete

LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI



Tiada ulasan: