Rabu, 16 April 2014

Tiada objek berkaitan MH370 ditemui dalam misi sulung Bluefin-21, kata JACC

THE MALAYSIAN INSIDER


Bluefin-21 tidak menemui objek berkaitan MH370 dalam misi pertamanya Isnin lalu. Gambar fail.Bluefin-21 tidak menemui objek berkaitan MH370 dalam misi pertamanya Isnin lalu. Gambar fail.


























Tiada objek berkaitan dengan kepentingan pencarian ditemui daripada data yang dikumpul oleh kenderaan dalam air autonomi  (AUV) Bluefin-21 pada Isnin lalu, untuk membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, ini berdasarkan kepada analisis semua data yang dikumpul selama enam jam.

Bluefin-21 meneruskan operasi pencarian pada malam tadi selepas diturunkan dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield untuk misi kedua, menurut agensi itu dalam kenyataan di Perth, hari ini.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston pada sidang media Isnin lalu berkata, setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.

Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang. – Bernama

Tiada ulasan: