Rabu, 16 April 2014

Suaram: Empat bulan, enam mati dalam tahanan polis mati_dalam_penjara.

KEADILAN DAILY


mati_dalam_penjara 


KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa prosedur siasatan dan SOP menangani suspek penjenayah dikaji semula berikutan berlaku enam kematian tahanan di bawah jagaan Polis dalam tempoh empat bulan.

Penyelaras Suaram, R Thevarajan dalam kenyataannya berkata, senarai kematian dalam tahanan meningkat menjelang setiap akhir tahun.

Terbaru, kematian N. Harirajan, tahanan yang menjalani hukuman enam tahun penjara di Penjara Kajang 10 April lalu,

“Suaram menuntut penjelasan Polis berikutan keadaan tubuhnya. Bagaimana dia mati dengan tubuh mempunyai kesan darah, sedangkan pihak berkuasa mengatakan tahanan mati akibat HIV? soal Thevaajan.

Katanya, kejadian ini mengingatkan kematian dalam tahanan melibatkan Kugan (2009), Dharmendaran (2013) dan Karunanithi (2013) yang mati dengan kesan darah dan luka di tubuh ketika keluarga menuntut mayat.

“Selain itu, keluarga Harirajan hanya diberitahu pihak penjara Kajang pada petang hari, sedangkan ketika di rumah mayat mereka dimaklumkan Harirajan mati pada jam 6 pagi?, tambahnya.

Senarai kematian dalam tahanan sehingga April 2014

Senarai kematian dalam tahanan sehingga April 2014

Tegas Thevarajan, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan; ‘Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang’.

“Malangnya perkara ini tak berlaku di Malaysia,” kata Thevarajan menegaskan, telah sampai masanya polis melaksana syor untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

“Suaram mendesak pelanggaran hak asasi manusia ini ditamatkan.

“Kegagalan memastikan mekanisme efektif untuk menuntut tanggungjawab polis Malaysia membuktikan kurangnya kemahuan politik kerajaan mengambil langkah telus bagi mereformasi sistem kepolisan di negara ini,” kata Thevarajan.

Tiada ulasan: