Rabu, 16 April 2014

Polis tak profesional jalan tugas, tindakan macam samseng

Lyn Nasir

Tian_IPD_Sentul1
Anggota KEADILAN Batu berhimpun depan IPD Sentul


KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Batu, Tian Chua berkata, tindakan polis yang secara tiba-tiba datang mengambil telefon bimbit dan iPad miliknya adalah tindakan yang tidak profesional.

Kata Tian, kira-kira 12 orang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis namun tidak memakai uniform.

Namun mereka yang datang menaiki kereta mempunyai lambang polis mengelak apabila Tian mengajak polis tersebut berbincang dan memulangkan kembali barang kepunyaannya.

“Lebih kurang 7.30 malam, saya ada satu pertemuan dengan seorang kawan. Saya tiba di Hotel Armada dan duduk bersamanya.

“Tiba-tiba datang beberapa orang yang saya tidak kenal, mereka bawa saya, tolak saya ketepi dan rampas telefon bimbit saya.

“Salah seorang daripada mereka dikatakan ketua rombongan yang bawa serbuan ini berkata, dia ada sesuatu yang ingin dibincang dengan saya.

“Dia menunjuk beberapa keping kertas yang dikatakan waran dari balai polis.

“Saya tidak sempat tengok sebab barang sudah dirampas,” kata Tian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Sentul ekoran tidak berpuas hati cara serbuan yang dilakukan pihak polis terhadapnya

Tian kemudiannya mendesak polis mengembalikan telefonnya dan berbincang. Namun, anggota polis itu melarikan diri dan keluar dari hotel.

“Saya kesal dengan tindakan polis. Saya percaya serbuan ini ada kaitan dengan apa yang berlaku bulan lalu,” kata Tian.

Tian_IPD_SentulBeliau percaya tindakan dilakukan polis berkaitan dengan status di laman sosial twitternya.

“Berkaitan dengan twitter, saya tak dengar apa-apa daripada pihak polis sejak disoal siasat. Ini lanjutan daripada tindakan polis yang begitu tidak profesional dan agak kasar.

“Kalau ada bukti, hubungi saya.
Saya akan datang ke balai polis. Ini bukan caranya,” kata Tian

Tiada ulasan: