Khamis, 24 April 2014

M'sia belum cadang umum laporan awal MH370

MALAYSIAKINI


 


Malaysia belum bercadang mengumumkan laporan awal insiden kehilangan MH370 yang dihantar kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) kepada umum walaupun ia satu amalan biasa.

"Kita telah hantar laporan awal kepada ICAO tapi kita belum putuskan untuk menghantarnya kepada media atau (menyiarkannya kepada) orang awam," kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media petang ini.

Ditanya alasan ia tidak diumumkan kepada orang awam, Azharuddin menegaskan: "Ia telah dihantar kepada ICAO dalam masa sebulan, tetapi belum diumumkan lagi".

Bagaimanapun, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semua laporan daripada siasatan insiden itu akan didedahkan kepada orang ramai, pada satu masa nanti.

"Tentunya (kita akan dedahkan). Dengan minat yang ditunjukkan pada peringkat global, mustahil kita boleh elak untuk menyiarkannya kepada orang awam," katanya pada sidang media sama.

Tiada ulasan: