MALAYSIAKINI
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyebabkan pertindihan kerja, kata bekas ketua polis Sabah.
Bagaimanapun,
Ramli Yusuff, sebagai ketua polis negeri antara 2002 hingga 2004,
enggan mengulas sama ada Esscom patut dimansuhkan atas alasan ia
berkaitan isu dasar negara.
Dalam perkembangan yang sama, Ramli berkata, Esscom patut diketuai oleh
ketua polis negeri bagi mengelakkan pertindihan arahan dan bagi
memastikan cengkaman lebih baik terhadap perkara berkaitan operasi
keselamatan.
“Saya sudah kaji kawasan itu dan saya fikir Esscom, atau apa yang kamu
mahu gelarkannya, patut diketuai oleh polis atau tentera. Tetapi saya
lebih suka polis kerana ia masalah (keselamatan) dalaman...,” kata
Ramli.
“Ini
pandangan peribadi saya, tetapi (ketua Esscom sekarang) Datuk Mohammad
Mentek daripada Jabatan Imigresen dan dia tidak tahu hal-hal operasi,”
tambahnya ketika diwawancara Malasiakini semalam.
Ramli, yang mengetuai Ops Nyah yang menyaksikan pengusiran lebih 100,000
pendatang haram di Sabah pada masanya berkata, Esscom mewujudkan
percanggahan arahan.
“Saya tidak tahu.. mereka mungkin ada tatacara operasi standard. Tetapi
bagi saya. Sebagai bekas pesuruhjaya polis, saya fikir ia tidak masuk
akal.
"Lebih baik meningkatkan aset polis tempatan atau tentera untuk perkara
itu... Perkara itu sepatutnya sudah diselaraskan,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan