MALAYSIAKINI
AirAsia akhirnya setuju memindahkan operasinya ke KLIA2 selepas
Putrajaya membuat keputusan mendapatkan kepakaran Pertubuhan Penerbangan
Sivil Antarabangsa (ICAO) bagi menilai dan menentukan keselamatan
jangka panjang lapangan terbang itu.
“Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak kerajaan dalam isu
keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan
orang ramai.
“Kami
amat berterima kasih atas keutamaan yang telah diletakkan oleh pihak
kerajaan dalam isu ini,” menurut kenyataan bersama Pengerusi AirAsia X
Berhad Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun.
Pada 1 April lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz
Kaprawi mengumumkan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) di Sepang
akan ditutup pada 9 Mei.
Mengulas pengumuman itu pada hari yang sama, AirAsia berkata semua
operasi penerbangannya akan terus berpusat di LCCT, malah selepas 9 Mei.
Perdana menteri turut mengarahkan AirAsia berpindah mengikut jadual,
walaupun kerajaan, menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, bersedia
berbincang jika ada sebarang masalah berhubung pemindahan.
Rafidah dan Kamarudin dalam kenyataan hari ini menyebut, Kumpulan
AirAsia telah membuat persediaan sejajar dengan spesifikasi Kesediaan
Operasi dan Pemindahan (ORAT) dan akan berpindah ke KLIA2 pada bulan
depan.
“Walaupun masih terdapat beberapa isu-isu komersial yang tertangguh,
perkara ini tidak akan membatas operasi kami di KLIA2 seperti yang
dirancang.
“Oleh itu, Kumpulan AirAsia akan berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei 2014,” kata mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan