Atas dasar itu, ketua umum PKR itu mendedahkan pemimpin negara luar termasuk bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan presiden Irish Mary Robinson menasihatkan beliau semasa kunjungannya ke London baru-baru ini agar tidak pulang ke Malaysia dan masuk penjara.
Beliau juga berkata, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.
Hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu adalah hari ini (Khamis).
"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah)," katanya.
"Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada.
"Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," kata Anwar, yang berada di Kuching bagi berucap dalam himpunan Reformasi 2.0 malam tadi.
Anwar juga menceritakan gangguan yang didakwa terpaksa beliau hadapi ketika rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.
Beliau mendakwa, mahkamah mempercepatkan rayuannya sebulan untuk menyesuaikannya dengan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Anwar dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di PRK DUN Kajang pada 23 Mac lalu selepas ia dibuat berikutan perletakan jawatan mengejut Adun, Lee Chin Cheh pada 27 Januari.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membuat keputusan segera apabila menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dengan memutuskan Anwar bersalah dan tidak layak untuk bertanding.
Isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kemudiannya bertanding menggantikan beliau sebagai calon PR.
Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya semalam berkata, walaupun tarikh akhir hari ini, pendaftar Mahkamah Persekutuan mengarahkan Anwar memfailkan permohonan rasmi, termasuk notis permohonan, bagi mendapatkan masa yang lebih untuk memfailkan asas rayuannya.
Karpal Singh yang merupakan ketua peguam Anwar sepatutnya memfailkan rayuan ini.
Namun Karpal bersama pembantunya mati dalam satu kemalangan tragik Khamis lepas.
Latheefa menyifatkan penolakan mahkamah itu sebagai satu tindakan tidak bertoleransi dan kurang simpati serta memahami terhadap apa yang berlaku kepada Karpal.
Anwar dalam pada itu berkata, ketua pasukan peguam beliau yang baru, Datuk Sulaiman Abdullah tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk "mengkaji semua fail dan nota."
"Ia nampak semacam Mahkamah Persekutuan tergesa-gesa dalam rayuan ini dan ia boleh dilihat dalam kegagalannya memberikan tambahan masa," kata Latheefa.
Apa yang berlaku kepadanya menyebabkan Anwar memberikan amaran kepada semua pemimpin pembangkang bahawa mereka juga akan mengalami nasib yang sama seperti beliau.
Katanya, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Naiib Razak "menyalahgunakan peguam negara dan sistem kehakiman", pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Pandan yang juga Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Adun Batu Buruk, Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi "tersenarai sebagai mereka yang didakwa dan akan dipenjarakan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan