PAS
membenarkan calon yang layak bertanding pada pemilihan sempena
muktamarnya yang ke-59 berkempen secara bersendirian atau berkumpulan
untuk merebut jawatan di peringkat Pusat atau sayap parti.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihaan Asmuni Awi (kiri) berkata sekalipun PAS memutuskan demikian, calon yang terlibat bagaimanapun tertakluk larangan am serta etika berkempen, yang kini dihitam putihkan.
"Sebelum ini (calon) pandai-pandai sendiri (memahami peraturan)," katanya.
Antara panduan itu, tambahnya, boleh menceritakan misi dan visi sendiri tetapi tidak boleh mengutuk idea pihak lain.
Pemilihan ahli jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada 22 November depan di Stadium Malawati dan keputusannya akan diumum keesokan harinya.
Manakala, pemilihan sayap-sayap akan berlangsung pada 21 November pada waktu pagi dan keputusan akan diumumkan pada sebelah malam.

No comments:
Post a Comment