Hazayani Zakaria, |
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lokasi kemalangan perlu dikenal pasti untuk diperbaiki dan penyelenggaraan yang berkala juga perlu dilakukan di jajaran lebuhraya berkenaan.
Beliau berkata demikian sewaktu mengumumkan Balanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.
"Pakatan Rakyat percaya peningkatan penyambungan sama ada dari segi perhubungan seperti internet, mahupun perhubungn fizikal seperti lebuh raya adalah amat perlu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang, mampan dan inklusif," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Beliau juga berkata, polisi kabotaj untuk Sabah dan Sarawak akan dikaji semula kerana polisi yang lebih baik akan berupaya menurunkan harga kargo dan barang-barang yang masuk atau keluar dari Sabah dan Sarawak, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Selain itu, PR juga akan memberi tumpuan kepada perbekalan air dan elektrik seratus peratus untuk kawasan luar bandar dan bandar terutamanya Sabah dan Sarawak.
Ini akan memastikan bekalan air bersih dan elektrik menerusi penggunaan teknologi solar, kincir angin dan mikrohidro.
No comments:
Post a Comment