Monday, October 21, 2013

Kalimah Allah: Isu Yang Memalukan Malaysia Di Mata Dunia


Polemik 'Allah' merebak ke dunia Islam

KELAB GREENBOC


Rumah siap pahat berbunyi.

Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya.

"Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya.

"Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini.

Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional.

"Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi.


Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'?

Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha.

"Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar...

"Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan.


Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam.

Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?|

"Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis.

PERKASA: Ada juga Arab jahil

Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil.

"Kenapa kita mesti kisah... Saya tak rasa semua orang Arab faham Islam. Bahawa tiada seorang pun yang jahil di sana.

"Mereka (daripada dunia Arab) yang menyokong AS menyokong Sosialis dan Kristian...

"Begitu juga di Indonesia... lagi teruk. Sesiapa yang bersongkok tidak semestinya orang Islam... ada mereka yang makan babi. Semuanya tidak mustahil di Indonesia," beliau dipetik sebagai berkata. -mk

ULASAN GB

Tak pelik ker hanya Malaysia mengharamkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sedangkan satu dunia zaman berzaman tak pernah mengharamkannya?

Hebat betul "Islam Melayu" ni!

No comments: