Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan rehat Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan.
MediaRakyatNet, sebuah saluran pro-Pakatan Rakyat di YouTube, melaporkan kejadian itu di akaun Twitternya dan memaparkan sebuah foto yang menunjukkan tingkap bas itu pecah.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menerbitkan semula maklumat mengenainya di akaun Twitter beliau awal pagi ini dan meminta supaya ditingkatkan keselamatan bagi konvoi tersebut.
Program Anwar di Perak akan diteruskan hari ini, katanya.
Saifuddin, ketika dihubungi sebelumnya, berkata beliau belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lewat hari ini selepas beliau mendapat maklumat mengenainya.
1 ulasan:
lagi mereka ganas lgi org tak suka
Pak Lah jawab Ibrahim Ali Isu Haram
Catat Ulasan