Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan
Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui
menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang
disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka
untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi
untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran
menarik.
“Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada
rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,”
katanya kepada Keadilan Daily.
Perkembangan terbaru ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di
negeri kelahirannya.
Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil
dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai
badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).
“Tak betul, saya hanya ‘berundur’, tapi bukan keluar Umno. Belum
terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). ‘Amanah’ (saya) untuk
selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.
“InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah
hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu
masyarakat lebih maju,” jelas bekas Menteri Pengangkutan itu.
Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur
daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.
“Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi
orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan
melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga,” tegas veteran Umno
Pahang itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan