MSO
Siang tadi semasa menghadiri majlis
kenduri di Bukit Puteri di Rawang Selangor saya dibisikan sesuatu
berita yang tidak berapa menyeronokkan. Berita ini kontras dengan apa
yang sedang berlaku di dewan merdeka PWTC di mana di situ ahli Umno
sedang membincangkan dan mencari makenisme macam mana hendak mengekalkan
kuasa parti berkenaan sebagai kerajaan.
Sebaliknya berita yang dibisikan kepada
saya itu sungguh memeranjuatkan, iaini berhubung perbuatan maksiat
seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang didakwa telah membuntingkan
seorang mahasiswa tahun dua yang menuntut di IPTA di Ibu Kota.
Katanya gadis itu telah dibuntingkan empat
bulan. Ibu bapa gadis mahasiswa berkenaan katanya telah membuat laporan
polis berhubung kejadian itu. Keluarga gadis berkenaan katanya marah
dan malu dengan kejadian itu dan telah mendesak ketua Umno bahagian itu
mengahwini gadis tersebut.
Kerana desakan itu ketua bahagian
berkenaan sanggup mengahwini gadis berkenaan. Laporan polis yang dibuat
kemudian ditarik setelah ketua bahagian Umno itu sanggup menikahinya.
Menurut kawan yang membisikan berita itu,
kejadian ini terbongkar apabila seorang kakitangan di Pejabat Pendidikan
Daerah secara tidak sengaja menceritakan kejadian berkenaan kepada
seseorang dan terlatas ke telinganya.
Kejadian ini sungguh mengaibkan Umno dan
katanya menjadi liabiliti kepada Umno bahagian berkenaan khasnya. Ekoran
kejadian ini sudah sudah orang ketua bahagian Umno yang bermukah dengan
sehingga bunting. Sebelum ini dilaporkan seorang ketua bahagian telah
bermukah dengan seorang ahli puteri dan mengandung. Bagaimana pun puteri
berkenaan mengakui telah mengugurkan kandungannya.
Dalam pada itu seorang ahli Umno Kelantan
memberi tahu dia ada mendengar kejadian itu tetapi tidak ada apa-apa
tindakan di kalangan Umno bahagian. Beliau secara peribadi mengharap
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya menimbang
sebaik mungkin sebelum ketua baahagian itu atau mana-mana ketua bahagia
melakukan maksiat dari dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya
akan datang sekiranya Umno mahu menang.
Kedua-dua ketua bahagian itu disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikerusi parlimen. Berita lanjut akan menyusur.
1 ulasan:
Ada baiknya sebut sahaja nama ketua bahagian tu, lagi elok supaya kita kenali dia. kalau tak sebut orag kata berita karut dan kita didakwa buat fitnah. Siapa bro....
Catat Ulasan