Oleh SELENA TAY |
Pakar strategi PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata bahawa sudah pasti Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan sebelum 8hb Mac tahun depan, besar kemungkinannya pada 24hb Februari atau 2hb Mac.
Tujuan
mengadakan PRU13 pada tarikh tersebut ialah supaya pengundi Cina yang
ramainya bekerja di Singapura tidak dapat pulang ke tanahair untuk
mengundi kerana cuti sudah habis digunakan untuk perayaan Tahun Baru
Cina sebelumnya.
Namun demikian jika BN berpendapat bahawa semua pengundi Cina akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat (PR), pendapat itu adalah dangkal sama sekali sebab agak ramai pengundi Cina yang undi BN juga, terutamanya yang tinggal di Johor dan bekerja di Singapura.
Namun demikian jika BN berpendapat bahawa semua pengundi Cina akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat (PR), pendapat itu adalah dangkal sama sekali sebab agak ramai pengundi Cina yang undi BN juga, terutamanya yang tinggal di Johor dan bekerja di Singapura.
Dari
tinjauan rakyat yang dibuat oleh penulis ini minggu lalu, ramai juga
orang yang berpendapat bahawa PRU13 pasti akan diadakan sebelum 8hb Mac
sebab BN tidak mahu rakyat mengingati kembali pilihanraya 8hb Mac 2008
dimana BN telah dilucutkan kuasa 2/3 Parlimen apabila hanya menang
dengan 'simple majority'.
Justeru itu, tarikh 8hb Mac amat ditakuti oleh BN.
Walaubagaimanapun,
BN seharusnya mengadakan pilihanraya pada masa yang sesuai untuk semua
pengundi sebab itulah perkara yang betul yang harus dilakukan oleh
sebuah kerajaan yang asyik melaung-laungkan slogan 'Rakyat Didahulukan'.
Jika
pilihanraya diadakan pada masa yang akan menyusahkan pengundi Cina
maka ini bererti BN tidak yakin akan menang PRU13 sebab jika semua
pengundi Cina undi PR, PR pun tidak akan menang tanpa sokongan
masyarakat Melayu.
"Oleh
itu jika strategi BN ialah untuk mengurangkan undi Cina untuk Pakatan,
ia bererti sokongan Melayu telah memihak kepada Pakatan sekarang dan
oleh sebab itulah BN perlu bergantung kepada pengundi Cina," kata Dr.
Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan