Rabu, 19 Disember 2012

Peluang PR menang PRU-13 cerah kerana BN banyak masalah

DETIK DAILY





Ikuti wawancara eksklusif wartawan Roketkini.com, Noor Jaafar dan jurugambar Wira Andika dengan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong mengenai peluang Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Profil
Nama: Dr Tan Seng Giaw
Umur: 70 tahun
Isteri: Dr Oon Hong Geok (Pakar Kanak-Kanak)
Anak: 4 orang
Jawatan: Ahli Parlimen Kepong,
Jawatan dalam parti: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan
Pengalaman: Doktor Pakar Kulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memenangi kerusi Parlimen Kepong selama tujuh penggal sejak 1982 dan mula aktif dalam politik sejak 1976.
Pendidikan: Ijazah Sarjana Kedoktoran dari Universiti Leeds, England
Anak: Dua orang

 
Bagaimana Dr Tan rasa mengenai peluang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Peluang kedua-dua parti samada PR atau BN adalah seimbang iaitu 50-50, cuma kelebihan PR ialah BN kita menghadapi banyak masalah dalam beberapa dekat ini dan termasuk pendedahan isu penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pemimpin parti itu antara isu projek ternakan lembu Nasional Feedlot Corporation (NFC), PKFZ, kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparancy International (TI) yang merudum, skandal sumbangan politik RM40 juta kepada UMNO Sabah, pendedahan kekayaan luar biasa keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berjumlah RM64 bilion dan tidak kurang juga pentingnya isu pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dilihat bermotif untuk mengaut keuntungan bukannya berhasrat mengurangkan kemalangan jalan raya. Rakyat juga mengeluh dengan kenaikan harga barang dan merasakan kenaikan akan terus berlaku selepas PRU-13 nanti.

Saya tidak tahu setakat mana penerima rakyat terhadap penyelewengan dan rasuah yang dilakukan pemimpin UMNO-BN. Kalau mereka (pengundi) masih memilih BN bermakna rakyat tidak sensitif terhadap isu rasuah sedangkan wang yang diseleweng itu adalah milik mereka bukannya wang pemimpin terbabit yang boleh menyeleweng dengan sewenangnya wang rakyat yang membayar pelbagai hasil dan cukai yang dikenakan kerajaan.

Kelebihan BN kerana mereka sudah lama bertapak dengan rangkaian yang kuat terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman serta penggunaan jentera kerajaan dan laporan media cetak dan media elektronik yang berat sebelah.

Bagaimanapun sekarang ini, walaupun penduduk yang tinggal di kampung dan pedalaman, mereka sudah celik komputer dan tahu perkembangan semasa yang berlaku. Jadi BN tidak lagi mudah menipu atau menyogok wang untuk mendapat undi.

Tambahan sekarang ini hampir 80 peratus rakyat Malaysia tinggal di bandar termasuk anak mereka yang bekerja di bandar dan pulang ke kampung memberi maklumat kepada ibu bapa dan keluarga mereka. Kesedaran itu yang membuatkan BN sudah memperdaya pengundi termasuk menyogok wang untuk membeli undi seperti yang dilakukan pada PRU-12 2008.

Kalau BN jujur, parti komponen dalam PR tidak boleh hidup. Disebabkan mereka tidak jujur sokongan rakyat terhadap parti itu semakin merosot sebaliknya sokongan kepada PR semakin meningkat seperti yang ditunjukkan pada PRU-12.

Dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum apakah ciri utama yang saudara mahu ada pada seorang calon?

Yang penting seseorang calon itu tidak pentingkan diri sendiri, ada prinsip dan berpengetahuan luas. Kalau boleh seseorang calon itu fasih berbahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris serta kelebihan jika masih bertutur dalam bahasa Tamil.

Seseorang calon itu juga mesti bersederhana dalam segala hal, ikhlas dan lebih mengutamakan kepentingan rakyat.

Dalam pemilihan calon mesti merangkumi semua peringkat umur iaitu yang muda, pertengahan dan tua. Kalau muda saja tetapi pengalaman mereka tidak cukup akan merosakkan parti. yang penting seseorang itu berpengalaman dan pengetahuan luas serta mem;punhyai prinsip.

Siapa yang memberi inspirasi atau dorongan kepada Dr Tan dalam bidang politik serta 
kepimpinan saudara?

 

Pada permulaannya sebaik saja tamat pengajian di Universiti Leeds, England, saya kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai doktor pakar kulit dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Saya tidak terus sertai DAP (Parti Tindakan Demokratik) sebaliknya diminta membantu Tan Sri Dr Tan Chee Koon bersama Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas) pada 1976. Saya  bertanding atas tiket Pekemas pada 1978 bagi pihak Dr Tan Chee Koon yang ketika itu sedang uzur tetapi tewas.

Pada 1978 saya serta DAP selepas diminta Lim Kit Siang yang ketika itu Pengerusi DAP Kebangsaan dan dipilih bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Kepong atas tiket DAP pada 1982 hingga sekarang.

Saya tidak sertai BN kerana parti pemerintah itu dilihat mengamalkan politik wang serta berjuang untuk kepentingan diri bukannya mengutamakan kepentingan rakyat.

Saya harap PR tidak jadi macam itu berjuang untuk kepentingan diri bukannya untuk kepentingan rakyat dan tidak berpura-pura.

Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara contoh pemimpin politik yang ikhlas dan tidak mementingkan diri. Saya sudah lama mengenai Nik Aziz ketika bersama dalam Parlimen pada 1982.

Apa cabaran paling utama yang saudara hadapi selama terbabit dalam parti dan politik?

Bukan setakat parti komponen dalam PR, bahkan semua parti termasuk BN sendiri paling teruk hadapi masalah perebutan kuasa. Masalah dalaman adalah cabaran paling utama dalam politik.

Bagaimanapun yang pentingnya sistem pilihan raya itu mesti bersih meliputi perbelanjuaan setiap calon yang bertanding. Setiap calon yang bertanding mesti ikut undang-undang daripada segi perbelanjaan dan media massa mesti membuat liputan yang adil kepada semua parti yang bertanding.

Saya juga menyokong pendapat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang supaya PR memberi tumpuan terhadap usaha dan bekerja keras untuk meraih sokongan empat juga pengundi atas pagar jika untuk memenangi PRU-13 nanti.

Ini tidak termasuk 1.46 juta kakitangan awam yang tidak semuanya menyokong parti kerajaan yang memerintah.

Respon orang ramai terhadap khidmat saudara di dalam kawasan Parlimen Kepong sehingga mampu bertahan selama tujuh penggal?

Sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen saya berpegang kepada prinsip tidak mementingkan diri sebalik berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

Saya tidak banyak menghadapi banyak masalah sepanjang menjadi Ahli Parlimen kerana penduduk di kawasan itu berpengtahuan dan mempunyai maklumat asalkan kita ikhlas membela nasib mereka.- Roketkini.com

1 ulasan:

Pelatuk berkata...


Orang Melayu memang bodoh...AP ini tak pernah tolong Melayu. Dalam kemelut politik kini, AP ni diangkat sebagai `hero' pulak...Dia lebih rela Melayu hancur termasuklah PAS dan PKR...