Isnin, 10 Disember 2012

Nuar Musa perlu malu dengan urusan bola Johor

Facebook Azrizan Abd Kadir

TAN Sri Annuar Musa tidak sudah² menghentam pihak Pentadbiran PBNJ. 
 
Sebagai orang lama lagi berpengalaman dalam selok belok bolasepak Malaysia, beliau harus malu dengan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Tunku Mahkota kami, bukannya terus menghentam. 

Kami percaya, usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail adalah untuk memajukan bolasepak Malaysia.

JAWATAN PRESIDEN BERMULANYA DI TWITTER
 
Setelah mendengar dan berdiskusi bersama peminat² bolasepak Johor dilaman sosial berkenaan permasalahan bolasepak Johor, baginda menawarkankan diri untuk mengambil alih jawatan Presiden PBNJ bagi membantu memajukan sukan tersebut yang agak suram bertahun² lamanya di negeri Johor. Menghapuskan rasuah dalam bolasepak Johor adalah permulaannya.

Peringkat awal mengambil alih jawatan Presidan PBNJ, baginda tidak mahu Ahli Politik terlibat didalam pengurusan PBNJ. Satu keputusan yang amat dinanti²kan oleh penyokong² Johor, malah pengkritik² sukan tanahair juga bersetuju dengan tindakan tersebut. Mungkin Tan Sri Annuar Musa boleh memikirkan kaedah ini dalam pasukan beliau, TIDAK ADA AHLI POLITIK TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BOLASEPAK NEGERI.

Dan mulai saat itu, pasukan Johor mula mendapat sentuhan air tangan diRaja dalam pengurusan pasukan. Satu permulaan yang boleh dipuji, mengambil alih pasukan dalam keadaan huru-hara dan mengakhiri di kedudukan ke-4 Liga. Insyaallah, tahun 2013 adalah permulaan kebangkitan Sang Harimau Selatan.

MEMAJUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
 
Mengambil beberapa pemain dari liga ternama, Guiza dan Del Nero adalah bertujuan menunjukkan kepada dunia apa yang kita ada, apa fasiliti yang kita sediakan samada dari segi latihan atau perlawanan. Bukankah itu permulaan kepada lambakan kebanjiran pemain² ternama dimasa² akan datang.

"Is not just pasal duit. Most of this player will come hear and tengok kita punya football facilities. So far our facilities is not up to the mark. It the future insha'Allah," Tunku Mahkota Johor 16th July 2012.

BERTOLAK ANSUR DALAM MENAWARKAN KONTRAK
 
Menawarkan kontrak 1+1 kepada Safiq Rahim , jika tahun kedua beliau mendapat tawaran dari pasukan luar negara, PBNJ sedia melepaskan.

"Saya sudah maklumkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) bahawa kontrak saya adalah 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) kerana jika saya mendapat tawaran daripada kelab luar Asean pada 2014, saya akan menyertai pasukan tersebut," Safiq Rahim

Kontrak kepada Safee Sali, 1 tahun pinjaman, jika selepas 6 bulan pihak pengurusan Safee iaitu AREMA mahu beliau kembali, PBNJ sedia berbincang. Malah Safee mengakui Johor adalah 'Penyelamat' karier beliau.

Jadi diharapkan beliau jangan melatah, jangan kelirukan peminat. Dari terus menghentam, ada baiknya beliau fikirkan bagaimana cara untuk memajukan bolasepak tanahair.

1 ulasan:

insafdoh67 berkata...

Ni jenis Hati Busuk... Kih.kih.kih..