Oleh Mazlan Aliman
BUKTI salahguna
kuasa Dato' Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM.
Saya mendapat
maklumat telah beberapa kali beliau ikut arahan Ismail Sabri dan Isa
Samad, meskipun dia faham arahan tersebut tidak betul.
Seharusnya dia ada pendirian. Bila dia ikut, ertinya bersekongkol dengan puak zalim yang mahu merosakkan KPF.
Tidak
lama lagi ada tindakan dari KPF dan pemegang saham yang mencabar arahan
Dato' Yusof melalui peguam masing2. Bukan itu sahaja, laporan polis dan
SPRM akan dilakukan terhadap Ismail Sabri, Isa Samad dan Dato' Yusof.
Saya
baru mendapat taklimat terkini perkembangan KPF dan pandangan lawyer
ANAK dari sudut perundangan. Menariknya, tidak disangka2 ada pemimpin
Umno Bahagian hubungi saya memberi sokongan padu dalam isu KPF.
Saya
persoalkan, bila Umno nak berjuang sama. Ini melibatkan Koperasi orang
melayu yang terbesar dan wajib dipertahankan. Dia kata, tunggu masa yang
sesuai. Katanya, ada rombongan pimpinan Umno nak jumpa PM agar
campurtangan. Kalau PM tunduk juga kepada kehendak Isa, mereka terpaksa
buat pendirian tegas.
Alhamdulillah, pendirian
pegawai kanan Felda dan ALP KPF selari dengan ANAK. Saya berdoa mudah2an
beberapa pemimpin Umno Bahagian yang hubungi saya akan buktikan
'kejantanan' mereka kerana masa begitu suntuk.
Mesyuarat
Agung Perwakilan KPF akan diadakan pada 27 dis ini. Jika ia jadi
kenyataan, Isa Samad menguasai KPF dan membolot segala2nya dalam Felda
tidak sampai dua tahun jadi Pengerusi Felda.
Hebat Isa Samad....bomoh mana dia guna?
1 ulasan:
Biar dia Bomoh r.. Tak lama doh wei.. Kita tunggu masa je.. Bongkar spai pru13. Kuasa RAKYAT jd Hakim... Kih.kih.kih..
Catat Ulasan