Oleh Masdar Wahid
KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat
berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali
pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak
Utara malam tadi.
Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.
Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti.
“Kini,
Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi
Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi
pendedahan, tunggu dan lihat.
“Apa yang pasti ini petanda Umno akan dikuburkan bukan sahaja di
Selangor tetapi juga di Putrajaya, InsyaAllah,” katanya di hadapan 4,000
rakyat.
Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Adun Batu
Caves, Amirudin Shari; Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Saleh Huddin
Mohd Nasir dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut Azmin, ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga akan mendedahkan
lebih banyak salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Deepak sudah umum semalam lebih banyak pendedahan akan dibuat dan
akan dedah berapa banyak wang dibayar kepada Rosmah, Najib dan
keluarganya.
“Kita yakin pemimpin yang rasuah, zalim mesti kita humban pada PRU akan datang,” kata Azmin.
Musa dalam sidang medianya minggu lalu menyatakan Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis ketika
di bawah pimpinannya, termasuk memberi arahan terus kepada pegawai
rendah dan ketua polis daerah.
Deepak pula dalam wawancara Malaysiakini sebelum itu
menyatakan kekesalannya terlibat mengatur akuan bersumpah kedua
penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membatal akuan bersumpah
pertama mengaitkan Najib dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya
Shaaribuu.
No comments:
Post a Comment