Jumaat, 7 Disember 2012

Masalah Trafik Jam & Perumahan di Pulau Pinang Semakin Kronik. Pangsapuri Baru RM500,000? Najib Ada Idea Penyelesaian!

Staff Berita Semasa 
 
Perumahan di Penang Masalah Trafik Jam & Perumahan di Pulau Pinang Semakin Kronik. Pangsapuri Baru RM500,000? Najib Ada Idea Penyelesaian!

Nampaknya, Datuk Najib akan ke Pulau Pinang hari Sabtu ini. Katanya, beliau ada jalan penyelesaian bagi rakyat Pulai Pinang mengenai masalah trafik jam dan perumahan di Pulau Pinang yang dianggap Datuk Najib, Lim Guang Eng mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan gagal menunaikan janji-janji manisnya…… 

Rumah di Penang Masalah Trafik Jam & Perumahan di Pulau Pinang Semakin Kronik. Pangsapuri Baru RM500,000? Najib Ada Idea Penyelesaian!

Kalau dibaca keratan akhbar New Strait Times ini, bunyinya sangat kronik masalah yang berlaku di Pulau Pinang. Baru sepenggal DAP memerintah di Pulau Pinang, pelbegai laporan berita dan masalah yang keluar di media arus perdana.

Dah yang terkini, masalah perumahan dan trafik jam Di Pulau Pinang. Mungkin semasa Cina Gerakan memerintah dahulu, traffik jam atau pun masalah perumahan di Pulau Pinang tidak seteruk seperti yang berlaku sekarang seperti mana yang sering dilaporkan di media-media arus perdana selama ini.

Antara Masalah Yang Dikesan Datuk Najib Razak Di Penang di Bawah Lim Guang Eng

  1. Pentadbiran negeri sebelum Lim Guang Eng iaitu semasa di bawah Gerakan  telah pun membina 35,700 unit rumah itu antara tahun 1990 dan 2008 dan manakala 33,500 unit rumah telah dibina di Pulau Pinang antara 2004-2008.
  2. Sedangkan di Pulau Pinang sekarang ini, kebanyakan pangsapuri yang baru boleh mencecah lebih daripada RM500,000 manakala super kondominium dengan nilai hartanah di Pulau Pinang sudah pun mencecah nilai berjuta-juta ringgit. Tahun lepas, sebuah kondominium mewah di Butterworth dijual lebih daripada RM250,000. Kini, ia telah meningkat sebanyak RM100, 000.
  3. Di Bukit Mertajam pada tahun 2011 juga, rumah dua tingkat super link dijual pada harga RM400,000 manakala rumah berkembar tiga tingkat di sebuah kawasan perumahan mencecah RM900,000.
  4. Dikatakan hari ini, begitu banyak pelancaran hartanah mewah di sekitar di Pulau Pinang dan Seberang Prai
Sumber : New Straits Times
 
Mungkin ada kalangan pembaca Berita Semasa yang tinggal di sekitar Pulau Pinang, boleh ceritakan & kongsikan kisah hidup anda di sana…Mohon pencerahan daripada anda semua.

P/S : Kepada Datuk Najib selepas pulang daripada Penang kelak, jangan lupa jenguk-jenguklah juga kesesakan trafik yang berlaku di Jalan Tun Razak, Federal Highway dan lain-lain lagi. Mungkin Datuk Najib turut ada jalan penyelesaiannya?

Tiada ulasan: