Dr Azman Ibrahim
'Kembara Oren Selamatkan Felda' anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) ternyata mengundang keresahan melampau pihak pengurusan Felda atau lebih tepatnya Umno!Walaupun realitinya ia hanyalah suatu program konvoi dengan menjadikan beberapa tanah rancangan Felda sebagai lokasi persinggahan.
Pengisiannya pula tak ada apa-apa yang pelik dan kontroversi sehingga dimomokkan dan ditakuti boleh mencetuskan huru-hara dan kacau bilau.
Kalau sekadar singgah untuk solat, hi-tea dan edaran risalah sahaja, ianya telah mengundang rasa takut dan fobia terlampau sehingga makluman yang diterima, tak kurang dari 7 laporan polis telah dibuat untuk menghalang perjalanan konvoi.
Fuh! Memang benar Umno telah menghampiri penghujung usia lantaran kerja gila sebegini!
[Gambar kanan; Pemimpin Umno Felda Jerangau membuat laporan polis mendakwa kononnya Konvoi Orem akan mencetuskan pergaduhan....siapa yang nak bergaduh???]
[Gambar bawah; poster Kembara Oren - yang menjadi Fobia, penyakit sindrom kurang daya tahan Umno??]
Pengurusan Felda Selasih yang dijadualkan menjadi antara lokasi persinggahan pada petang esok, 7 Disember turut dilanda sindrom fobia yang sama.
Kita mendapat maklumat, semalam telah diadakan mesyuarat tergempar antara pengurusan felda, Polis dan Rela. Agendanya... Konvoi perlu dihalang dari memasuki kawasan Felda.
Polis dikhabarkan enggan untuk bekerjasama dengan pengurusan Felda bagi melaksanakan agenda pengecut ini.
Mungkin lantaran mereka memahami, tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam rangka untuk bertindak.
Tinggal Rela yang dikhabarkan sedia untuk bekerjasama menghalang kehadiran konvoi esok.
Kita ingin memberi ingatan dan amaran awal. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia(Rela) adalah suatu agensi di bawah KDN, bukannya satu dari cawangan Umno!
Sebelum membuat keputusan untuk bersekongkol dengan Umno, tolong fahami fasa undang-undang mana yang nak digunakan dan di mana tindak tanduk konvoi yang melanggar undang-undang negara.
Bertindak bodoh dan melulu akan menjatuhkan reputasi Rela yang selama ini dihormati masyarakat.
Konvoi hanyalah sekadar ingin singgah dan solat asar. Itu sahaja!
Tak usah ditanya kenapa Masjid Felda Selasih yang menjadi pilihan dan tidak masjid lain kerana masjid adalah rumah Allah.
Sesiapa sahaja boleh singgah. Apa hak pengurusan Felda mempergunakan Rela untuk menghalang?
Janganlah kita memperlihatkan kebodohan lantaran rasa fobia dan takut kepada bayang-bayang.
Artikel/ Berita Terkait;
Laporan Polis Konvoi Oren; Umno Kelam Kabut, Pengecut
Kembara Oren Selamatkan Felda Pada 7 & 8 Disember
Perwakilan Umno Dilarang Sentuh Isu FGVH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan