ALOR SETAR:
Seorang bayi lelaki yang dilahir di dalam kereta adalah antara 10
orang bayi yang lahir dan ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah
(HSB) di sini Rabu sempena tarikh 12.12.12. Bayi seberat 3.7 kg ini
dilahir kira-kira 4.55 pagi tadi dengan disambut oleh ibu saudaranya
yang turut sarat mengandung sembilan bulan, sebelum bayi ini
ditempatkan di hospital berkenaan.
Ibunya, Siti Hajar Ibrahim, 28, berkata beliau dijangka melahirkan anak padapada 23 Disember ini.
“Walaupun
tidak sempat melahirkan di hospital, saya bersyukur kerana bayi saya
lahir dengan selamat. Bayi saya masih ditempatkan di bilik khas bagi
menerima rawatan dan kalau semuanya baik, mungkin kami akan keluar
hospital petang ini,” katanya.
Siti Hajar
berkata beliau mula merasa sakit ketika tengah malam tadi dan meminta
bantuan kakak serta abang iparnya untuk menghantarnya ke hospital
kira-kira pukul 3 pagi.
“Saya tak
sangka bayi saya akan lahir cepat, kira-kira 100 meter lagi nak sampai
hospital. Memang saya tak akan lupa tarikh hari ini sebab ia membawa
1,001 makna kepada saya dan keluarga dan diharap bayi saya sentiasa
dalam keadaan sihat,” katanya.
Seorang ibu muda, Nor Murni Nadia Mohd Noor, 19, turut tidak menyangka anak keduanya akan lahir pada hari ini.
Beliau
berkata bayi perempuan yang dilahirkannya merupakan bayi pertama yang
dilahir di HSB kira-kira 12.01 pagi. “Kalau ikutkan tarikh yang
diberikan doktor, saya dijangka bersalin esok. Syukur sangat kerana
semuanya berjalan lancar dan saya harap anak saya menjadi anak yang
solehah,” katanya.
Sementara
itu Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata 10 bayi tersebut
dilahir sehingga tengah hari tadi mulai pukul 12.01 pagi. “Bayi yang
dilahir adalah lima lelaki dan lima perempuan. Sembilan daripadanya
dilahirkan secara normal dan seorang dilahirkan secara pembedahan,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan