Pengacara
Jimmy Shanley telah diharamkan oleh bekas bapa mertua, Datuk Suhaimy
Othman untuk menjejakkan kakinya ke rumah mereka di Sunway Rahman
Putra, Sungai Buloh dekat sini sejak Januari 2011.
Menurut laporan akhbar
Kosmo!, Jimmy memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini
pada Khamis bahawa dia mengaku dia tidak pernah berjumpa dengan anak
tunggalnya, Zahra Rania Shanley, yang berusia setahun tujuh bulan yang
tinggal di rumah tersebut sehingga kini.
“Kali
terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun apabila
bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim) membawa
anak saya ke rumah saya sendiri,” kata Jimmy yang diwakili peguam
syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.
Jimmy menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor berkata demikian semasa disoal balas peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili bekas isterinya, Norsuhaila Eliani berhubung alasan pengacara itu tidak melawat Zahra.
Jimmy menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor berkata demikian semasa disoal balas peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili bekas isterinya, Norsuhaila Eliani berhubung alasan pengacara itu tidak melawat Zahra.
Ia
merupakan perbicaraan permohonan hak jagaan yang difailkan Nursuhaila,
26, selaku plaintif dan Jimmy pula sebagai defendan selepas mereka
gagal memberi kata sepakat berhubung perkara tersebut sejak bercerai
pada 10 Oktober lalu.
Menurut
Jimmy, kali terakhir dia datang ke rumah mertuanya itu pada Julai 2011
untuk berjumpa dengan anaknya yang lahir pada 24 Jun 2011.
Bagaimanapun,
sejak itu dia tidak pernah berkunjung ke sana lagi apabila plaintif
memberikan pelbagai syarat kepadanya untuk berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan