Inilah gambar kerabat keluarga besar Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud
bersama isteri pertamanya dahulu sebelum digantikan dengan Ragad Waleed
Al-Kurdi. Jikalau sebelum ini, kita telah melihat gambar rumah deretan
rumah mewah milik pemimpin-pemimpin & VVIP daripada sebelah
Semenanjung Malaysia DI SINI & DI SINI.
Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar
milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang
merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.
Orang yang kaya-raya tidak dilarang
meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. tetapi yang menjadi
persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan
menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk
rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara
Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah
kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana
ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah
kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi…
Memandangkan limpahan kekayaan yang
Tuhan telah kurniakan di Sarawak seperti kemewahan emas hitam
(petroleum), gas asli, balak dan tanah yang subur bagi penanaman kelapa
sawit, mungkin inilah yang dikatakan penanda aras kemajuan & kesemarataan limpahan kekayaan di Sarawak.
Dan…..sesuailah juga dengan kekayaan negeri Sarawak kini melihat
keadaan dan rupabentuk rumah mewah & istana kalangan pemimpin dan
kerabat Ketua Menteri Sarawak.
Antaranya rumah-rumah pemimpin di Sarawak yang berjaya dirakam ialah :
Gambar Rumah James Jemut Masing
James Jemut Masing merupakan Menteri
Pembangunan Tanah Sarawak. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat
Sarawak (PRS). PRS merupakan parti komponen Barisan Nasional dan James
Jemut Masing Adun kawasan Balleh.
James Jemut Masing sekeluarga kini
tinggal di rumah di atas sebidang harta seluas dua ekar bertentangan
dengan Jalan Ong Tiang Sui. Hebat….hebat. Dengan pendapatan sekitar
RM8,000 sebulan membolehkannya yang juga merupakan seorang Ahli Dewan
Undangan Negeri Sarawak mampu membina dan mendiami kediaman sedemikian
yang bernilai RM2 juta? Ya….mungkin inilah yang dikatakan usaha tangga
kejayaan.
Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud
Gambar Kawasan Rumah George Chan + Padang Golf
Tan Sri Dr George Chan merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Gambar Rumah Arip Bin Mahmud
- Tarikh Lahir : 28 Januari 1957
- Nombor kad pengenalan : 570128-13-5225
- Pasangan : (Pertama) Azerina Arip @ Gertie Chong Soke Hoon, (Kedua) Norieda Goh Abdullah @ Kelly Goh Siok Ling, (Ketiga) Liyana Abdullah @ Lily Teo
Arip Bin Mahmud merupakan pengarah dan
pemegang utama saham syarikat hartanah yang berpangkalan di California,
Sakti International Corporation. Antara adik-beradik yang paling
dipercayai & merupakan rakan kongsi utama.
- Pernah menjadi pengarah syarikat “gergasi” pembalakan di Malaysia, kumpulan Rimbunan Hijau. Syarikat konglomerat ini menjadikan sasaran hutan hujan tropika di Malaysia, Indonesia ke Gabon, Papua New Guinea, New Zealand dan Rusia sebagai sasaran mereka
Gambar Rumah Chris Chung
Merupakan rakan kongsi perniaganaan dengan anak lelaki Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.
Gambar Rumah Mohd Tufail Bin Mahmud
- Tarikh Lahir : 28 September 1952
- No Kad Pengenalan : 520928-13-5025
- Pasangan : Suhing Bujang
Rumah ini ada 27 buah bilik
Tufail merupakan pemegang saham utama
yang mengawal dan memilki KUmpulan Sanyan yang merupakan salah satu
syarikat yang terbesar di Sarawak bernilai USD400 juta yang aktif dalam
perniagaan kayu. Beribu pejabat di Wisma Syanyan, Sibu di bangunan yang
tertinggi Sarawak.
Gambar Rumah Datuk Haji Hamden
Datuk Haji Hamden merupakan Pengurus
Urusan bagi menerajui Kumpulan Syarikat Sarawak Plantation Berhad yang
telah mencatatkan keuntungan sekitar RM105 juta pada tahun 2011.
Gambar Rumah Aisah Zainab Mahmud
- Tarikh lahir : 5 Januari 1947
- Nombor Kad Pengenalan : 470105-13-5320
- Pasangan : Ruhanie Ahmad
Adik perempuan Taib Mahmud ini, Zainab, merupakan pengarah di 5 buah syarikat dan pemegang saham di 9 buah syarikat yang lain.
Gambar Rumah Ibrahim Mahmud
- Tarikh Lahir : 1 Mac 1943
- Nombor Kad Pengenalan : 430301-13-5487
- Pasangan : Datin Seri Hajijah Abdullah
Adik lelaki Taib Mahmud, Ibrahim Mahmud
menjadi pengarah di 16 buah syarikat dan merupakan pemegang saham 6 buah
syarikat yang lain.
Gambar Rumah Raziah Taib Mahmud
Tarikh Lahir : 24 November 1955No Kad Pengenalan : 551124-13-5080
Pasangan : Robert Geneid
Raziah merupakan adik perempuan Taib
Mahmud menjadi pengarah di 20 buah syarikat & pemegang saham di 16
buah syarikat yang lain
Gambar Rumah Jamilah Mahmud
Anak perempuan Taib Mahmud dengan isteri
pertamanya dahulu, Jamilah merupakan pengarah di 4 buah syarikat dan
menjadi pemegang saham di sekurang-kurangnya 86 syarikat yang lain.
- Di Australia : Pemegang saham utama Sitehost Pty Ltd yang beroperasi milik keluarga Taib
- Di Kanada: Pengarah dan dianggap pemegang saham yang mengawal syarikat yang berpengakalan di Ottawa iaitu Kumpulan Sakto (Sakto Corporation, Sakto Development Corporation, City Gate International Corporation dan syarikat-syarikat berkaitan). Laman web : (www.sakto.com)
- Di United Kingdom: Pemegang saham yang mengawalsyarikat Citygate International Corporation, syarikat induk Ridgeford Hartanah (www.ridgeford.com)
- Pengarah asal dan kini masih pemegang saham bagi syarikat pembangunan hartanah, Sakti International Corporation di US
- Memiliki saham di Royal Mulu Resort, syarikat pembalakan gergasi WTK dan Samling Global
- Pemegang saham utama syarikat terbesar di Sarawak, Cahya Mata Sarawak Berhad.
Gambar Rumah Hanifah Hajar Taib Mahmud
- Tarikh Lahir : 28 Ogos 1972
- No Kad Pengenalan- 720828-14-5126
- Nama Pasangan : Syed Ahmad Alwee Alsree
Anak bongsu Taib Mahmud ini merupakan
pengarah di 16 buah syarikat dan pemegang saham di 90 buah syarikat lain
di Malaysia. Kalau di Australia, Hanifah Hajar adalah pemegang saham
utama Sitehost Pty Ltd yang memiliki hotel bertaraf lima bintang seperti
hotel ”Adelaide Hilton”.
- Pengarah Cahya Mata Sarawak Berhad sejak 2006 & pemegang saham utama syarikat tersebut
- Timbalan pengerusi di UBG Berhad
- Timbalan pengerusi Loh dan Loh Corporation Berhad sejak 2008
- Pengarah K & N Kenanga Holdings Berhad pada tahun 2009
- Pengarah dan pemegang saham stesen radio swasta di Sarawak, CATS FM
- Seorang pengarah akhbar New Sarawak Tribune akhbar, yang dimiliki oleh sepupu Taib Mahmud, Hamed Sepawi
- Pengarah Premier Cottage Sdn. Bhd yang membuat usahasama CMS untuk membangunkan ”Isthmus Kuching”, salah satu daripada pembangunan hartanah yang paling “bernilai” & menguntungkan di Sarawak.
- Bertanggungjawab dengan kontrak pembinaan Pusat Konvensyen Borneo yang bernilai RM195 juta Ringgit (USD 64 juta)
Gambar Rumah Alfred Jabu Anak Numpang
Gambar Rumah Awang Tengah Ali Hassan
Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali
Hassan merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar kedua yang
juga bertanggungjawab mengenai hal-hal berkaitan tanah di Sarawak.
Gambar rumah Awang Tengah ini berjaya dirakam ketika dalam pembinaan
lagi.
Gambar Rumah Naroodeen Majais
Naroden Majais merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan di Sarawak.
Rumah Amar Hajar Fredahanum Mahmud (Fredahanum) + Aziz Hussein
- Tarikh Lahir : 25 Disember 1953
- Nombor Kad pengenalan : 531225-13-5380
Adik Taib Mahmud ini merupakan pengarah
bagi enam buah syarikat dan pemegang saham utama bagi 4 lagi syarikat
lain. Antaranya ialah Fredahanum Mahmud merupakan seorang pengarah
syarikat Achi Jaya Transportation Sdn. Bhd. (Dahulunya dikenali sebagai
Archipelago Shipping and CMS Transportation), yang mengawal eksport
perkapalan di negeri Sarawak.
Suami Fredahanum Mahmud sekarang ini
Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain merupakan Setiausaha kerajaan
negeri Sarawak dan juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy
Berhad. Sekarang ini, YB Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain
merupakan pengarah Eksons Corporation Berhad sejak tahun 2007 dan
merupakan pemegang saham utama syarikat itu bersama-sama anak saudara
Taib Mahmud. Syarikat Eksons adalah “pengeluar terbesar papan lapis di
rantau Asia Pasifik. Abdul Aziz juga pengarah syarikat perisian MLabs
Berhad dan Borneo Housing Mortgage Finance Berhad.
Gambar Rumah Ali Mahmud
- Tarikh lahir : 21 Disember 1950
- Nombor Kad Pengenalan : 501221-13-5343
Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud merupakan
pemimpin Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan juga merupakan Ahli Dewan
Undangan Negeri bagi Muara Tuang. Mohamad Ali Mahmud telah diberikan
5,000 hektar tanah di Sri Aman atas nama syarikat Tabaruk Abadi Sdn.
Bhd. bagi penanaman kelapa sawit atas kelulusan abangnya sendiri. Siapa
abangnya? Tan Sri Taib Mahmud. Siapa Taib Mahmud? Ketua Menteri Sarawak.
Tahniah!
Gambar Rumah Datuk Abdul Rahman
Datuk Haji Daud Abdul Rahman merupakan
Menteri Muda Hal Ehwal Islam / Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur
yang juga merupakan Adun Tupong.
Gambar Istana Taib Mahmud Di Sarawak
Dan…akhirnya istana milik pemimpin No.1 di Sarawak. Tan Sri Taib Mahmud. Berjaya memerintah Sarawak selama 30 tahun lamanya.
Kadang-kadang kami terfikir sendirian,
SPRM sedar atau tidak tidak pelbagai laporan yang keluar mengenai Ketua
Menteri Sarawak ini, Tan Sri Taib Mahmud dan kerabat keluarganya yang
sering diusahakan kalangan rakyat Sarawak sendiri dan juga melalui
laporan berita Sarawak Report selama ini?
Adakah dalam satu kolam yang besar seluas negari yang dinamakanSarawak ini, yang terdapat ikan kecil dan juga ikan jerung yang sudah “dijangkiti kuman dan penyakit”, malangnya hanya kebanyakan ikan kecil sahaja yang mendapat perhatian & ditangkap untuk siasatan SPRM, bagaimana pula jerung-jerung yang berskala besar ini?
Bukan kami minta untuk mengatakan
kalangan mereka-mereka ini bersalah atau tidak, kerana yang
menentukannya hanya mahkamah, tetapi siasatlah. Tetapi kalau siasatan
pun seperti hidup segan mati tidak mahu, bagaimana? Terlalu jelas
menampakkan perbezaan siasatan di antara ikan jerung dan ikan bilis.
Ini yang rakyat perhatikan sebenarnya. Untuk pemimpin lain di
Semenanjung Malaysia kami masih boleh “tahan” lagi, tetapi untuk apa
yang berlaku di Sarawak sekarang. Kami sama sekali tidak boleh terima.
Minta sekali lagi perhatian daripada pihak SPRM.
Apa kata anda terutamanya rakyat Sarawak di sini?
1 ulasan:
Hebat King Broook.. Kaya giler lu.. Pandai. ... Kih.kih.kih.
Catat Ulasan